UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ayat majmuk yang terdapat dalam novel Julia karya Abu Hasan
morad tahun 2002. Aspek-aspek yang dijadikan fokus kajian ini ialah jenis-jenis ayat rnajmuk clan
struktur ayat yang digunakan rnelalui proses pembentukan struktur ayat permukaan dan ayat dalarnan
dengan menggunakan pendekatan Teori Transformasi Generatif oleh Noam Chomsky ( 1957) seperti yang
terkandung dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu oleh Nik Safiah Karim et. al (1995). Kaedah
penyelidikan yang digunakan untuk memperoleh bahan dan maklumat yang berkaitan dengan ayat majmuk
adalah melalui kaedah penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian ini membuktikan bahawa terdapat tiga
jenis ayat majmuk yang telah digunakan secara meluas dalam novel Julia ini, iaitu ayat majmuk
pancangan dan ayat majmuk campuran. Ayat majmuk pancangan didapati lebih banyak digunakan
berbanding dengan jenis ayat majmuk yang lain. Kesimpulannya, hasil analisis yang dilakukan
menunjukkan jenis-jenis ayat majmuk yang digunakan dalam novel Julia dibina menggunakan struktur
dalaman ataupun struktur permukaan yang bertepatan dengan teori Transformasi Generatif yang
dijadikan landasan penganalisaan.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |