UPSI Digital Repository (UDRep)

Pendekatan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Agama Rakyat di Selatan Thailand

AVAILABLE Thesis 472 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pendekatan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Agama Rakyat di Selatan Thailand
Type
Thesis
Main Author
Hasnah Nataening
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2004
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini,berkenaan pendekatan komunikatif dalam pengajaran Bahasa Melayu memfokuskan   aspek penguasaan dan penggunaan bahasa ke arah kecekapan berkomunikasi. Pelajar digalakkan  melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti komuniktif yang dirancang. Dengan itu, tujuan  pembelajaran berpusatkan pelajar. Interaksi dua hala berpaksikan konteks dan situasi sebenar  diwujudkan bertujuan membolehkan pelajar berkomunikasi  dengan berkesan. Dalam  pengajaran dan  pembelajaran  pelajar diajar tentang struktur tatabahasa supaya mereka dapat membina ayat yang  betul, tepat dan gramatis. Latihan berbentuk aktiviti penyelesaian masalah berdasarkan tugasan amat  ditekankan. Kajian ini bertujuan menjelaskan dan menghuraikan penggunaan pendekatan komunikatif  dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Sekolah Menengah Agama Rakyat (swasta) di  Selatan Thailand. Kajian menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan, pemerhatian dan temubual  dengan guru dan pelajar secara tidak formal. Sampel kajian ini seramai 102 orang yang terdiri  daripada pelajar perempuan darjah 5,6 dan 7.  Hasil kajian yang dijalankan melalui pemerhatian dan  temubual mendapati bahawa pelajar lemah dalam pencapaian empat kemahiran pembelajaran dan tidak  dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik kerana beberapa faktor seperti kekangan masa, penguasaan  guru terhadap aspek kebahasaan, dan sikap pelajar terhadap penggunaan Bahasa Melayu. Untuk   mengatasi  masalah  tersebut  disarankan  mengguna  kaedah pendekatan komunikatif dalam pengajaran  bahasa. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak yang terlibat secara langsung atau tidak  langsung terutamanya guru bahasa Melayu, pentadbir sekolah, pusat perkembangan kurikulum, ibu bapa  dan pelajar sendiri supaya dapat mewujudkan suasana persekitaran yang boleh merangsang minat  pelajar untuk belajar bahasa Melayu. Justeru itu, bahasa Melayu di sekolah agama rakyat diharapkan  dapat dipertingkatkan di samping memartabatkan bahasa Melayu di Selatan Thailand dengan jayanya.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.