UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun. Oleh itu, persediaan pembelajaran perlu menarik dan relevan dengan perkembangan semasa bagi memenuhi keperluan kanak-kanak. Kaedah pengajaran guru prasekolah perlu lebih kreatif dan fleksibel mengikut kesesuaian persekitaran. Sehubungan itu, satu perisian multimedia bertema telah dibangunkan dengan menggunakan Model ADDIE iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian yang berasaskan Tunjang Komunikasi, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Reka bentuk Tunjang Komunikasi ini diterapkan berasaskan enam teori yang bersesuaian dengan pendidikan dan persekitaran kanak-kanak. Kaedah pengajaran guru menjadi lebih menarik dan menyeronokkan dengan adanya koswer. Modul bertema yang terdapat di dalam koswer akan menimbulkan keasyikan di dalam diri kanak-kanak untuk mengenali objek-objek di sekeliling mereka. Ini terbukti daripada kaedah temubual dan soal selidik yang telah dijalankan ke atas guru-guru prasekolah daerah Baling, Kedah. Kaedah persampelan bertujuan digunakan di dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan penerimaan yang positif daripada setiap guru prasekolah semasa penggunaan perisian multimedia bertema. Kajian mengemukakan impak yang positif terhadap empat aspek kajian yang dikaji iaitu motivasi, reka bentuk antaramuka, reka bentuk Tunjang Komunikasi serta keselesaan dan kesenangan penggunaan perisian multimedia bertema. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |