UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengajaran guru berbantukan koswer berasaskan tunjang komunikasi prasekolah

AVAILABLE Thesis 296 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pengajaran guru berbantukan koswer berasaskan tunjang komunikasi prasekolah
Type
Thesis
Main Author
Nor Shahida Mohd Zubir
Subject
QA Mathematics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2012
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun. Oleh itu, persediaan pembelajaran perlu menarik dan relevan dengan perkembangan semasa bagi memenuhi keperluan kanak-kanak. Kaedah pengajaran guru prasekolah perlu lebih kreatif dan fleksibel mengikut kesesuaian persekitaran. Sehubungan itu, satu perisian multimedia bertema telah dibangunkan dengan menggunakan Model ADDIE iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian yang berasaskan Tunjang Komunikasi, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Reka bentuk Tunjang Komunikasi ini diterapkan berasaskan enam teori yang bersesuaian dengan pendidikan dan persekitaran kanak-kanak. Kaedah pengajaran guru menjadi lebih menarik dan menyeronokkan dengan adanya koswer. Modul bertema yang terdapat di dalam koswer akan menimbulkan keasyikan di dalam diri kanak-kanak untuk mengenali objek-objek di sekeliling mereka. Ini terbukti daripada kaedah temubual dan soal selidik yang telah dijalankan ke atas guru-guru prasekolah daerah Baling, Kedah. Kaedah persampelan bertujuan digunakan di dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan penerimaan yang positif daripada setiap guru prasekolah semasa penggunaan perisian multimedia bertema. Kajian mengemukakan impak yang positif terhadap empat aspek kajian yang dikaji iaitu motivasi, reka bentuk antaramuka, reka bentuk Tunjang Komunikasi serta keselesaan dan kesenangan penggunaan perisian multimedia bertema.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.