UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk menilai pengaruh aktiviti bermain menggunakan bahan manipulatif terhadap pengetahuan konsep awal Matematik kanak-kanak dalam aspek pengalaman pra-nombor, konsep nombor dan operasi nombor. Kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk kajian kes yang melibatkan empat orang sampel iaitu dua orang kanak-kanak lelaki dan dua orang kanak-kanak perempuan yang berumur lima tahun. Pemilihan sampel adalah secara teknik bertujuan. Data dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, penilaian formatif dan penilaian sumatif. Bagi kaedah pemerhatian, pengkaji menggunakan senarai semak Perkembangan Konsep Awal Matematik Kanak-Kanak: Pengalaman Pra-nombor, Konsep Nombor dan Operasi Nombor yang diubah suai daripada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010. Penilaian formatif dijalankan melalui lembaran kerja yang mengandungi konsep padanan, perbandingan, seriasi, pengetahuan tentang nombor 1 hingga 10, dan operasi tambah. Manakala bagi penilaian sumatif pula, pengkaji telah menggunakan Ujian Pencapaian Kanak-Kanak Dalam Aspek Awal Matematik yang diubah suai daripada Modul Pentaksiran Perkembangan Murid di Prasekolah, 2010. Ujian ini terdiri daripada kemahiran membanding dan membeza, kemahiran mengelas, kemahiran membuat seriasi, pengetahuan tentang nombor 1 hingga 10, dan kemahiran menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10. Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti bermain menggunakan bahan manipulatif mempunyai pengaruh yang positif terhadap pengetahuan konsep awal Matematik kanak-kanak. Ia bukan sahaja mendatangkan keseronokan kepada kanak-kanak malah membantu mereka memahami dengan mudah sesuatu konsep Matematik melalui pengalaman konkrit dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam konsep awal Matematik. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |