UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar tentang fungsi warna dan kemahiran mewarna untuk penghasilan folio pembungkusan dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat di salah sebuah sekolah menengah harian di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, khususnya kajian kes intrinsik. Peserta kajian terdiri daripada sembilan orang pelajar Tingkatan Empat pelbagai tahap kebolehan dari tiga buah kelas. Dalam kajian ini, kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen digunakan dalam pengumpulan data. Data daripada pemerhatian dan dokumen dianalisis berasaskan kepada folio pembungkusan pelajar. Data daripada temu bual ditranskrip secara verbatim dan manual. Selepas itu, data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep warna pada folio pembungkusan adalah lemah. Penguasaan pelajar terhadap fungsi warna dan kemahiran mewarna adalah pada tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan pelajar tidak dapat memahami dan menguasai konsep warna, fungsi warna dan kemahiran mewarna dengan baik. Walaupun begitu, terdapat beberapa orang pelajar yang dapat memahami dan menguasai konsep warna, tetapi terhad kepada warna-warna asas sahaja. Kelemahan penguasaan pelajar dalam memahami dan menguasai konsep warna, fungsi warna dan kemahiran mewarna adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri. Selain itu, dapatan juga menunjukkan faktor guru, sukatan pelajaran, sosioekonomi dan persekitaran turut menyumbang kepada kelemahan pelajar berkenaan. Kesimpulan kajian ini mendapati bahawa pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap konsep warna, fungsi warna dan kemahiran mewarna secara keseluruhan adalah lemah. Cadangan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mewarna pelajar termasuk bengkel mewarna, program ‘team teaching’, program pembimbing rakan sebaya, modul kembara seni, kem seni, lawatan ke galeri dan pameran seni lukis |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |