UPSI Digital Repository (UDRep)

Peranan dan penglibatan wanita dalam Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya, 1949-1989

AVAILABLE Thesis 274 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Peranan dan penglibatan wanita dalam Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya, 1949-1989
Type
Thesis
Main Author
Munaliza Zailan
Subject
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2013
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Penyelidikan ini adalah untuk menyelidik penglibatan dan peranan golongan wanita dalam perjuangan Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya dari tahun 1949 hingga tahun 1989. Tempoh masa empat puluh tahun ini memperlihatkan keaktifan mereka dalam segala aktiviti Rejimen Ke-10. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan memberi penekanan terhadap analisis dokumen di Jabatan Arkib Negara Malaysia, perpustakaan pusat-pusat pengajian tinggi, dan di perpustakaan Kementerian Dalam Negeri. Selain itu, temu ramah juga dijalankan dengan bekas-bekas kader Rejimen Ke-10 yang masih hidup kerana mereka adalah saksi yang terlibat secara langsung dalam perjuangan Rejimen Ke-10. Dapatan kajian membuktikan dan menunjukkan bahawa wanita memainkan peranan yang amat penting dalam perjuangan Rejimen Ke-10 dalam membantu pasukan mereka bagi mencapai matlamat perjuangan. Kajian ini juga amat jelas menunjukkan bahawa wanita dalam Rejimen Ke-10 memberi sumbangan yang amat penting dan boleh dianggap sebagai tulang belakang pasukan. Dapat disimpulkan bahawa peranan dan penglibatan wanita dalam Rejimen Ke-10 memberi impak dan kesan yang amat penting dalam sanubari wanita yang terlibat serta sangat bermakna bagi mereka sehingga hari ini.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.