UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :QA Mathematics
Main Author :Intan Azwani Azmi
Title :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi dan Pengetahuan Isi Kandungan Matematik dalam kalangan guru pelatih Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hits :15
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2012
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian menggunakan kaedah tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti (i) persepsi guru pelatih terhadap peluang pembelajaran yang terdapat dalam program pendidikan guru matematik sekolah menengah dan hubungannya dengan Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PIKP) dan Pengetahuan Isi Kandungan Matematik (PIKM), (ii) persepsi guru pelatih terhadap kepercayaan tentang matematik dan pengajaran serta hubungannya dengan PIKP dan PIKM, (iii) tahap pencapaian guru pelatih dalam PIKP dan PIKM serta hubungannya berdasarkan kepada skor min yang diperoleh, (iv) sama ada terdapat perbezaan tahap pencapaian guru pelatih dalam PIKP dan PIKM dalam kalangan guru pelatih program matematik sekolah menengah mengikut jantina, dan (v) kesalahan-kesalahan tipikal yang dilakukan oleh guru pelatih matematik terhadap soalan-soalan yang berkaitan dengan PIKP dan PIKM. Seramai 156 orang guru pelatih matematik sekolah menengah telah dipilih secara persampelan rawak berstrata mengikut kadar sebagai responden kajian. Pengumpulan data telah dilakukan menggunakan set soal selidik yang telah diuji oleh Teacher Education and Development Study in Mathematics (2008). Data yang dikumpul diproses menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, min dan peratus. Kaedah statistik inferensi melibatkan ujian korelasi dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian guru pelatih dalam PIKP dan PIKM berada pada tahap yang lemah. Dapatan kajian juga menunjukkan (a) terdapat perbezaan tahap PIKP antara guru pelatih lelaki dan guru pelatih perempuan, (b) tidak terdapat perbezaan tahap PIKM antara guru pelatih lelaki dan guru pelatih perempuan, (c) wujud hubungan signifikan yang lemah antara peluang pembelajaran dengan tahap PIKP dan PIKM, (d) wujud hubungan signifikan yang lemah antara kepercayaan guru pelatih tentang matematik dan pengajaran dengan tahap PIKP dan tahap PIKM, dan (e) terdapat hubungan signifikan yang sangat lemah antara tahap PIKP dan PIKM guru pelatih. Antara kesalahan yang telah dikenal pasti sering dilakukan oleh guru pelatih semasa menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah adalah (a) kesalahan teknikal, (b) penyelesaian yang tidak disahkan, (c) definisi atau teorem yang diubah, (d) ketidaktepatan prosedur, dan (e) manipulasi secara tidak langsung. Implikasinya, penerokaan terhadap tahap PIKP dan PIKM ini boleh dijadikan indikator bagi menilai pencapaian akademik guru pelatih matematik khususnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seterusnya, pelbagai isi kandungan kursus yang sesuai dapat direka bentuk untuk diaplikasikan dalam program pendidikan guru matematik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.