UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk meneroka seni tembikar tradisional Terenang Pahang. Kajian ini dipilih berdasarkan faktor pengusaha tembikar tradisional Terenang di Malaysia yang semakin berkurangan. Kajian ini juga dijalankan kerana fungsi tembikar tradisional Terenang sebagai barang utiliti semakin kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Faktor ini berlaku kerana kurangnya pendedahan mengenai keistimewaan dan keunikan tembikar tersebut kepada masyarakat umum. Oleh yang demikian, kajian terperinci dilaksanakan mengenai tembikar tradisional Terenang Pahang. Kajian ini menyentuh aspek sejarah tembikar tersebut secara umum, cara tembikar tersebut dihasilkan, jenis reka bentuk dan perubahan yang berlaku pada tembikar tersebut. Data dikumpul menggunakan kaedah pengkajian sejarah (Historiography) yang disempurnakan melalui kaedah temubual melibatkan beberapa partisipan utama iaitu Noriah Bt Mohd Ali selaku Adiguru Tembikar Tembeling, Mohammad Bin Zakaria selaku pengusaha Temin Kraf Enterprise dan Dr. Salwa Ayob selaku pengkaji awal mengenai tembikar tradisional Negeri Pahang. Selain itu, kaedah pemerhatian, analisis artifak, analisis dapatan dokumen dan analisis data turut digunapakai dalam kajian ini serta dianalisa melalui data pengkategorian. Melalui metod tersebut, dapatan yang diperolehi memperlihatkan perubahan yang berlaku ke atas seni tembikar tradisional Terenang Pahang dari sudut reka bentuk, dekorasi motif dan fungsinya. Akhir sekali, kajian mengenai tembikar Terenang Pahang ini merupakan suatu kajian yang sangat penting untuk memberi inspirasi kepada para pengusaha agar dapat menghasilkan tembikar tersebut dengan lebih bervariasi. Selain itu, hasil kajian ini dapat mengetengahkan keistimewaan dan keunikan nilai estetik salah satu seni tembikar tradisional Melayu kepada masyarakat umum di Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |