UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :T Technology
Main Author :Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof
Title :Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul dan berasaskan web ke atas pencapaian guru-guru pelatih KPLI dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat
Hits :59
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2010
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul dan web ke atas pencapaian guru-guru pelatih dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Komponen kemahiran Teknologi Maklumat yang dikaji adalah bagi topik Microsoft Excel. Seramai 144 orang pelajar KPLI dari IPG Kampus Ipoh terlibat dalam kajian ini. Data diperoleh daripada hasil ujian pra dan pasca serta borang soal selidik yang diedarkan. Kedua-dua borang soal selidik adalah untuk menilai kualiti modul dan web yang digunakan. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif melibatkan penggunaan statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Manakala bagi statistik inferensi menggunakan ANOVA Satu Hala. Hipotesis diuji pada aras signifikan α = .05. Hasil analisis menunjukkan secara umumnya pencapaian guru-guru pelatih KPLI yang mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul dan web lebih baik berbanding dengan kaedah konvensional. Hasil analisis ANOVA Satu Hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru-guru pelatih KPLI yang mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul dan web berbanding dengan kaedah konvensional dan dapatan kajian ini juga menunjukkan modul dan web yang digunakan dalam kajian ini adalah berkualiti. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul dan web adalah merupakan alternatif kepada kaedah pengajaran konvensional yang digunakan di IPG sekarang untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam ICT.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.