UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :QH301 Biology
Main Author :Wan Latifah Wan Latif
Title :Kesan pengajaran Biologi berasaskan PjBL ke atas motivasi dan strategi pembelajaran serta pencapaian pelajar
Hits :54
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2011
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan perlaksanaan kaedah Pengajaran Berasaskan Projek ke atas  motivasi dan strategi pembelajaran pelajar-pelajar yang berlainan kelas dari aliran sains tulen bagi subjek Biologi  tingkatan empat bagi subtopik enzim di daerah Tanah Merah, Kelantan. Satu modul pembelajaran PjBL telah dibina meliputi subtopik enzim. Modul ini adalah berpandukan kepada model yang dilaksanakan oleh Buck Institute of Education. Kajian ini melihat pencapaian akademik di kalangan kedua-dua kumpulan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar dari kelas pencapaian tinggi (pencapaian A bagi subjek Sains dalam PMR) dan 30 orang pelajar dari kelas pencapaian sederhana (pencapaian B bagi subjek Sains dalam PMR). Data dianalisiskan dengan menggunakan analisis ANOVA setelah  mengumpulkan pra-tadbir soal selidik yang diberikan kepada pelajar-pelajar sebelum PjBL dijalankan dan pos-tadbir soal selidik sebaik sahaja PjBL dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap motivasi dan strategi pembelajaran pelajar-pelajar sebelum dan selepas PjBL dijalankan. Sampel kajian juga diberikan ujian-pos bagi melihat tahap pencapaian akademik kedua-dua kumpulan sampel setelah PjBL dilaksanakan. Dapatan kajian dianalisis menggunakan ujian-t (Independent- Sample T Test) menunjukkan bahawa PjBL memberikan kesan ke atas peningkatan prestasi akademik. Analisis dari segi pencapaian menunjukkan kumpulan pelajar dari kelas pencapaian sederhana (min = 17.800) hampir  menyamai pencapaian dari pelajar dari kelas pencapaian tinggi (min =18.567) iaitu nilai t (58) = 1.034, p>.05. Analisis ANOVA bagi kedua-dua kumpulan pelajar dari kelas pencapaian tinggi dan pencapaian sederhana menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan setelah PjBL digunakan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.