UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :RC0321 Neuroscience. Biological psychiatry. Neuropsychiatry
Main Author :Sharifah Che Hassan
Title :Halangan dan pengurusan obesiti sekolah di SMK Agama
Hits :193
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2012
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti halangan dalam pengurusan obesiti, aspek-aspek pengurusan obesiti dan hubungan antara halangan dan pengurusan obesiti sekolah di SMK Agama, Zon Tengah, Malaysia. Kajian berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah soal selidik. Sampel kajian diambil secara berkelompok dan bertujuan terhadap 179 responden dari 7 buah SMK Agama di Zon Tengah, Malaysia. Instrumen kajian ialah soal selidik yang diubahsuai dari beberapa kajian lepas. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Cronbach Alpha di mana nilai untuk Perancangan, Penyelarasan, Komunikasi, Kawalan dan Penilaian adalah 0.854 dan Halangan ialah 0.622. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik secara deskriptif iaitu peratusan, min dan ujian korelasi Pearson untuk menunjukkan latar belakang responden kajian, aspek pengurusan obesiti sekolah dan tahap halangan yang dihadapi oleh sekolah. Analisis latar belakang dan jawatan responden menunjukkan 140 orang terdiri dari guru penolong, 36 orang adalah ketua panitia dan 3 orang ialah penolong kanan. Analisis tahap pengurusan obesiti sekolah secara keseluruhannya di tahap sederhana dengan min 2.98. Analisis terhadap aspek halangan menunjukkan halangan dalam perancangan, penyelarasan dan komunikasi merupakan tahap halangan yang tinggi dan halangan dalam penilaian adalah tahap halangan yang sederhana. Dapatan kajianĀ  menunjukkan terdapatĀ  hubungan yang sederhana di antara halangan dengan pengurusan obesiti sekolah dengan nilai r = .58 pada aras signifikan 0.00.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.