Status pemakanan dalam kalangan atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor
Type
Thesis
Main Author
Haizul Rasdy Saidin
Subject
RC1200 Sports Medicine
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2013
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini menyelidik status pemakanan dalam kalangan atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor. Seramai n=60 orang pelajar yang tinggal di asrama yang berusia 14 tahun (n=18 lelaki, n=13 perempuan) dan 16 tahun (n=16 lelaki, n=13 perempun) terlibat sebagai subjek kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk ‘one short study’ melibatkan lima komponen kajian iaitu pemeriksaan prevalan malnutrisi, lipatan kulit, indeks jisim badan, nisbah ukur lilit pinggang-pinggul dan tekanan darah. Data-data yang dikutip diproses secara statistik deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16. Berdasarkan lima komponen yang dikaji menunjukkan semua atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor berada dalam keadaan normal kecuali pemeriksaan prevalan malnutrisi memperlihatkan tiga orang atlet lelaki didiagnosis sebagai kes brittle dan dua orang atlet lelaki lagi sebagai kes bone deformities. Disarankan pemakanan atlet Sekolah Sukan Negeri Selangor hendaklah mengikut Recommended Nutrien Intake (RNI) Malaysia dan Piramid Makanan kerana keperluan kuantiti nutrien seseorang adalah berbeza mengikut umur, jantina dan gaya hidup.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.