UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :RJ101 Child Health. Child health services
Main Author :Noor Azizah Ngah
Title :Pembangunan dan pengesahan Modul BBM k-MAGIK terhadap kekemasan tulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder
Hits :158
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2020
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan kajian ini adalah untuk membangun dan mengesahkan kesesuaian Modul BBM k-MAGIK terhadap kekemasan tulisan Bahasa Melayu murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kajian ini menggunakan model ADDIE dengan kaedah reka bentuk pembangunan modul yang dilaksanakan dalam lima fasa iaitu (1) Analisis Keperluan, (2) Reka Bentuk PdP, (3) Pembangunan Modul, (4) Pelaksanaan Modul dan (5) Penilaian Kesesuaian Modul. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang responden yang telah dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan, iaitu 35 orang guru PPKI, lima orang pakar kesahan modul dan 30 orang murid ADHD. Empat instrumen kajian telah dibina iaitu (1) soal selidik tinjauan keperluan modul, (2) soal selidik kesahan kandungan modul, (3) ujian kekemasan tulisan, dan (4) borang pemerhatian guru terhadap tulisan murid selepas penggunaan modul. Statistik deskriptif telah digunakan dalamĀ  menganalisis data seperti peratusan, min dan sisihan piawai. Pada fasa pertama, analisis keperluan berdasarkan persepsi guru PPKI mendapati Modul BBM k-MAGIK diperlukan (80%) untuk meningkatkan kemahiran tulisan murid PPKI. Modul juga telah disahkan oleh lima orang pakar dengan persetujuan yang tinggi (0.86). Berdasarkan ujian rintis, instrumen yang digunakan iaitu ujian kekemasan tulisan telah disahkan oleh lima orang pakar dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi (Cronbach Alpha a = 0.94). Ujian pra telah dilaksanakan sebelum intervensi modul dan didapati kesalahan tulisan murid berada pada tahap sederhana (M=2.54;SP=0.30). Setelah melaksanakan modul selama 10 minggu, didapati ujian pasca menunjukkan kesalahan tulisan telah berkurangan ke tahap rendah (M=1.24;SP=0.38). Dapatan daripada pemerhatian pula menunjukkan tingkahlaku murid dari aspek penulisan semakin baik setelah melalui modul ini dan guru selesa menggunakan modul ini. Kesimpulannya, berdasarkan kepada dapatan utama kajian menunjukkan modul BBM k-MAGIK adalah berkesan untuk mengurangkan kesalahan tulisan murid dan meningkatkan kekemasan tulisan mereka. Implikasi kajian menunjukkan modul BBM k-MAGIK boleh digunakan oleh guru pendidikan khas sekolah rendah bagi meningkatkan kemahiran penulisan murid ADHD.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.