UPSI Digital Repository (UDRep)

Alergi: prevalens dan kejituan diagnostik kendiri dalam kalangan populasi Tanjong Malim

AVAILABLE Thesis 641 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Alergi: prevalens dan kejituan diagnostik kendiri dalam kalangan populasi Tanjong Malim
Type
Thesis
Main Author
Rohaida Ismail
Subject
RC0321 Neuroscience. Biological psychiatry. Neuropsychiatry
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2012
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Penyelidikan status pengetahuan, diagnostik kendiri serta faktor penggalak alergi tidak banyak dijalankan di Malaysia. Justeru, satu kajian permulaan dijalankan bagi tujuan mengisi kelompangan ilmu tersebut. Seramai 200 sampel (73 pelajar, 39 guru, 49 ibu dan 39 bapa) telah menjawab semua soalan tentang pengetahuan alergi menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 173 sampel pula telah membuat diagnostik kendiri tentang status alergi sebelum menjalani ujian cucuk kulit menggunakan 36 jenis alergen yang berbeza. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan alergi sampel adalah rendah (min 36.8, sisihan piawai 15.15). Tahap pengetahuan guru adalah sederhana (min 49.9, sisihan piawai 11.9); pelajar, ibu dan bapa pada tahap rendah masing-masing dengan min 33.3, 34.5 dan 33.2; sisihan piawai 12.2, 15.9 dan 15.3. Kajian ini juga mendapati 58 (33.5%) mengaku mempunyai alergi tetapi hanya 13.8% yang membuat diagnostik kendirinya dengan tepat. Sebaliknya 90.4% daripada 115 (66.5%) yang mengaku tiada alergi telah membuat diagnostik kendiri yang tepat. Puratanya, 64.7% daripada keseluruhan sampel telah membuat diagnostik kendiri yang tepat. Sampel bandar lebih ramai mempunyai alergi (38.0%) berbanding luar bandar (30.4%). Sampel bandar lebih sensitif terhadap aeroalergen manakala sampel luar bandar lebih sensitif terhadap makanan. Sepuluh jenis alergen yang paling kerap mencetuskan masalah alergi ialah campuran tungau debu rumah, tungau debu rumah Dermatophagoides farinae, tungau debu rumah Dermatophagoides pteronyssinus, lipas, ketam, telur kuning, udang, tembikai, campuran rumput dan kulat Aspergillus. Kajian ini juga mendapati risiko anak yang alergi yang mempunyai ibu atau bapa yang turut alergik atau pun tiada alergik masing-masing pada OR=0.261 (0.090-0.754) dan OR=0.134 (0.042-0.425). Anak lebih berisiko mempunyai alergi jika bapanya alergik (2.2 kali) berbanding ibu alergik (1.8 kali). Terdapat hubungan songsang yang lemah (Pearson-r=-0.255, p=

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.