UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini memberi tumpuan kepada Nilai Integriti Dalam Masyarakat Melayu Melalui Gurindam Dua Belas yang tergolong dalam Puisi Melayu Tradisional. Menerusi kajian ini, pengkaji cuba melihat nilai-nilai murni yang diterapkan di dalam karya agung ini serta melihat nilai integriti daripada penerapan nilai-nilai tersebut. Kajian ini membahagikan Gurindam Dua Belas kepada enam amanat yang ingin disampaikan oleh pengarang supaya menjadi panduan dan ikutan kepada masyarakat. Melalui kajian ini dapat mencungkil apa yang tersirat di sebalik gurindam tersebut. Enam amanat tersebut merangkumi yang pertama, melalui fasal pertama dan kedua beragama dan beribadat. Kedua memelihara anggota hati daripada melakukan kejahatan dalam fasal ketiga dan keempat. Seterusnya amanat ketiga berbudi bahasa dan berperangai mulia melalui fasal kelima dan keenam. Manakala amanat keempat memelihara diri daripada perbuatan yang boleh mendatangkan akibat yang tidak baik melalui fasal ketujuh dan kelapan. Amanat kelima tentang hormat, bertimbang rasa dan membuat jasa melalui fasal kesembilan dan kesepuluh. Amanat keenam taat setia dan tanggungjawab antara raja dan rakyat seperti dalam fasal kesebelas dan keduabelas. Kajian ini merangkumi kepentingan integriti dalam masyarakat Melayu kerana tanpa integriti kepincangan dalam masyarakat Melayu akan berlaku dengan mengetengahkan ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem yang terdapat dalam gurindam yang mempunyai dua belas fasal ini di mana setiap fasal diklasifikasikan dengan tajuk menerusi fasal pertama hingga kedua belas iaitu, jadilah orang terbaik, menunaikan janji, amal kebaikan, menjaga kehormatan, merendah diri, mengutamakan orang lain, baik kata-kata, mendamaikan manusia, meninggalkan perkara tidak berfaedah, mengawal marah, baik tingkah laku dan adil. Seterusnya fasal tersebut dapat di kelompokkan kepada 12S iaitu soleh, seru, saring, sopan, sanjung, saran, santun, sejahtera, sahih, sayang, selamat dan sempurna. Ini amat bertepatan dengan nilai-nilai integriti yang harus ada pada individu dan masyarakat. Integriti juga di lihat melalui sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai Integriti Dalam Masyarakat Melayu Melalui Gurindam Dua Belas, dilihat melalui penggunaan teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L yang telah diasaskan oleh Mohd Yusof Hasan dengan menerapkan kaedah 4 jenis pemikiran secara saintifik iaitu Pemikiran Luhur tentang kerohanian dan keagamaan seperti yang terdapat dalam amanat pertama dan kedua dalam Gurindam Dua Belas. Manakala Pemikiran Lahir tentang kebitaraan dan akal fikiran seperti dalam amanat ketiga dan keempat. Pemikiran Logik tentang kerasionalan dan saintifik seperti dalam amanat kelima dan terakhir, Pemikiran Lateral tentang kemanusiaan dan kreatif dalam amanat keenam gurindam tersebut. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |