UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :TD Environmental technology. Sanitary engineering
Main Author :Nur Hamiza Adenan
Title :Analisis dan peramalan data siri masa aliran sungai dengan menggunakan pendekatan kalut (IR)
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Aliran sungai penting untuk dianalisis dan diramal bagi menyalurkan maklumat aliran sungai di kawasan berkepentingan di Malaysia bagi tujuan pengurusan sumber air dan pengawalan banjir. Maka, satu kajian telah dijalankan dengan mengaplikasikan pendekatan kalut bagi menganalisis dan meramal aliran sungai di beberapa kawasan berkepentingan di Malaysia. Perlaksanaan kajian ini adalah merangkumi tiga objektif iaitu (1) mengenal pasti kehadiran telatah kalut pada aliran sungai; (2) meramal siri masa aliran sungai dan (3) mencadangkan kaedah penambahbaikan bagi peramalan aliran sungai. Kajian ini diperincikan kepada kawasan yang lebih spesifik bagi meneliti kesesuaian kaedah yang digunakan. Kawasan yang berbeza ini adalah meliputi stesen aliran sungai di kawasan yang mempunyai keluasan tadahan air yang berbeza, aliran sungai di dataran banjir dan aliran sungai di bandar. Kaedah dimensi korelasi digunakan bagi mencapai objektif yang pertama. Hasil kajian menunjukkan semua aliran sungai yang dikaji adalah bertelatah kalut dengan mencatatkan nilai dimensi korelasi yang rendah. Maka, kehadiran telatah kalut pada aliran sungai di kawasan berkepentingan di Malaysia dapat dikenal pasti. Manakala, hasil kajian bagi objektif yang kedua menunjukkan data aliran sungai yang digunakan di dalam kajian ini dapat diramal dengan menggunakan pendekatan kalut. Hasil penelitian terhadap peramalan bagi skala masa harian dan mingguan menunjukkan peramalan data aliran sungai di kawasan ini adalah lebih tepat diramal dengan menggunakan nilai dimensi pembenaman optimum daripada pendekatan songsang berbanding kaedah piawai. Objektif ketiga yang mencadangkan penambahbaikan pendekatan kalut dengan menekankan isu pengurangan gangguan. Hasil kajian menunjukkan data aliran sungai berjaya diramal dan mencatatkan peningkatan masing-masing sehingga 0.68% dan 1.29% bagi peramalan data harian dan mingguan apabila dibandingkan dengan hasil peramalan dengan menggunakan pendekatan kalut. Kesimpulannya, pendekatan kalut berjaya diaplikasikan bagi meramal aliran sungai di kawasan berkepentingan di Malaysia. Maka, hasil kajian ini dapat menyumbangkan maklumat aliran sungai kepada pihak yang berkenaan bagi menguruskan sumber air dan pengawalan banjir bagi kawasan yang dikaji.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)