UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Nordiana Ab. Jabar
Title :Keunggulan unsur falsafah pendidikan kebangsaan dalam puisi tradisional Melayu KOMSAS (IR)
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan menjelaskan keunggulan unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam 30 buah puisi tradisional Komponen Sastera (KOMSAS). Kumpulan teks KOMSAS yang terlibat dalam kajian ini ialah Kasut kelopak Jantung (Tingkatan Satu), Gema Sepi Gadis Genius (Tingkatan Dua), Harga Sebuah Lukisan (Tingkatan Tiga ), Harga Remaja (Tingkatan Empat) dan Dirgahayu Bahasaku ( Tingkatan Lima). 30 buah puisi tradisional yang terlibat ialah 15 buah pantun, 11 buah syair, dua buah gurindam dan dua buah seloka. Kaedah kualitatif digunakan iaitu mengkaji teks-teks KOMSAS yang terlibat dengan mengaplikasikan teori Teksdealisme melalui prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keperibadian. Tiga objektif utama kajian; iaitu menilai keunggulan 15 unsur FPK yang terdapat dalam 30 buah puisi tradisional teks KOMSAS. Membuktikan wujudnya hubungan unsur-unsur pendidikan yang terdapat dalam FPK dengan Puisi Tradisonal Melayu KOMSAS dan menganalisis tahap kerelevanan 30 buah puisi tradisional Melayu dalam teks KOMSAS. Tiga dapatan kajian menunjukkan kewujudan lima belas unsur FPK terdapat dalam 30 puluh buah puisi tradisional melalui asas pertama teori teksdealisme iaitu prinsip kehadiran. Kedua, proses pengekalan dan perubahan tema membuktikan puisi tradisional teks KOMSAS relevan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, Citra masyarakat dan elemen pendidikan saling berkaitan dengan unsur FPK. Implikasinya, penerapan FPK melahirkan keseimbangan insan dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui puisi tradisional KOMSAS.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)