UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Rajaswary Vairan
Title :Feminisme dalam novel Tamil Malaysia abad ke-21 (IR)
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengenal pasti citra wanita, mengkaji emansipasi wanita dan menganalisis kedudukan serta martabat kaum wanita dalam novel Tamil Malaysia berdasarkan teori feminisme. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif deskriptif. Kaedah ini memberi keterangan tentang sifat dan keadaan manusia serta memperoleh maklumat berkualiti dengan memberikan tumpuan pada novel Tamil Malaysia yang diterbitkan dalam jangkamasa tahun 2000 hingga 2012. Walaupun 24 buah novel Tamil Malaysia telah diterbitkan dalam jangkamasa 12 tahun, sebanyak empat buah novel Tamil sahaja yang mencerminkan teori feminimse iaitu Mallikaikal Nhiram Ma:ruvathillai, Vit:ivel:l:i. Vallamai Tha:ra:yo: dan Pen: Kuthirai. Kedudukan dan peranan watak-watak wanita itu dikaji menggunakan perspektif feminisme dengan menekankan faktor-faktor sosial, budaya, pendidikan, ekonomi dan politik. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian pendidikan kaum wanita memberi implikasi dalam peningkatan status mereka. Wanita yang berpendidikan dapat berdikari dan mencorak hidup mereka. Imej wanita yang ditonjol oleh para pengkarya novel Tamil Malaysia ini merupakan imej wanita yang berjaya dan maju setanding dengan kaum lelaki. Seterusnya, pengarang memberi kedudukan yang tinggi kepada wanita yang mengamati tradisi serta berpegang teguh pada nilai-nilai lemah lembut, setia dan sabar. Walaupun dua daripada empat orang pengkarya terdiri daripada kaum lelaki, mereka tidak lupa memberi penghormatan kepada kemampuan dan kredibiliti kaum wanita. Hal ini membantu dalam usaha membanteras dan menangani masalah penindasan, penderaan dan pengeksploitasian wanita. Citra dan kredibiliti kaum wanita yang kian terserlah sekali gus dapat mengangkat martabat wanita seiring dengan lelaki di kaca mata dunia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)