UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengaruh gaya kepimpinan, kompetensi pengurusan dan orientasi keusahawanan terhadap prestasi (PKS) usahawan kaum India di Malaysia

AVAILABLE Thesis 1635 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pengaruh gaya kepimpinan, kompetensi pengurusan dan orientasi keusahawanan terhadap prestasi (PKS) usahawan kaum India di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Yogeswaran Vadivelu
Subject
HB Economic Theory
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2015
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian empirikal ini dibentuk untuk mengenal pasti perhubungan antara gaya kepimpinan, kompetensi pengurusan dan orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS dalam kalangan usahawan kaum India. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji peranan gaya kepimpinan dalam mempengaruhi kompetensi pengurusan, orientasi keusahawanan dan prestasi PKS. Sebanyak 180 orang respoden yang mewakili firma PKS dari 8 buah negeri telah dijadikan sampel dalam kajian ini yang dipilih melalui kaedah persampelan sistematik. Data dikumpul melalui instrumen soal selidik MLQ (Avolio & Bass, 2004), kompetensi pengurusan (Robbins, 2005), orientasi keusahawanan (Covin & Slevin, 1989) dan prestasi firma (Lumpkin & Dess, 2006). Analisis korelasi dan regresi berganda telah digunakan untuk menjawab semua hipotesis kajian. Keputusan kajian menunjukkan ketiga-tiga pemboleh ubah bebas iaitu gaya kepimpinan (transformasi dan transaksi), kompetensi pengurusan (merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal) dan orientasi keusahawanan (inovasi, proaktif dan pengambilan risiko) mempunyai hubungan yang signifikan positif dengan prestasi PKS. Kajian ini mendapati gaya kepimpinan transformasi, kompetensi memimpin dan strategi inovasi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi PKS. Hasil kajian juga turut mendapati bahawa gaya kepimpinan transformasi mempengaruhi hubungan dengan kompetensi pengurusan dan orientasi keusahawanan serta prestasi PKS. Dapatan dari kajian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak kerajaan, para usahawan India, pengkaji lain dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam bidang kepimpinan keusahawanan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.