UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Sharipah Amalhayaty Syed Ahmad
Title :Penggunaan kaedah fonik dalam pengajaran kemahiran bacaan awal kanak-kanak prasekolah (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Kaedah Fonik dalam kemahiran bacaan awal bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kaedah kuasi-eksperimental digunakan dalam kajian ini dengan setiap kumpulan rawatan dan kawalan masing-masing terdiri daripada 50 orang kanak-kanak prasekolah. Kumpulan rawatan menggunakan Kaedah Fonik manakala kumpulan kawalan menggunakan Kaedah Abjad. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan skor min yang signifikan bagi pencapaian kemahiran mengeja perkataan dan kemahiran membaca ayat mudah bahasa Melayu bagi kumpulan rawatan. Penggunaan Kaedah Fonik sebagai kaedah pengajaran adalah sesuai digunakan untuk membantu kemahiran mengeja perkataan dan kemahiran membaca ayat mudah bahasa Melayu bagi kanak-kanak prasekolah dalam kajian ini. Kaedah Fonik memberi impak positif dan sesuai diguna pakai sebagai kaedah pilihan kepada kanak-kanak prasekolah dalam usaha meningkatkan kemahiran bacaan awal bahasa Melayu di kelas prasekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)