UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Shafini Suhaimi
Title :Pembinaan instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik Sekolah Menengah (IR)
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membina instrumen bagi menilai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini melibatkan dua fasa, iaitu kajian literatur dan kajian rintis. Dapatan daripada kajian literatur mengenal pasti dua komponen utama iaitu, ciri-ciri sedia ada guru Matematik dan amalan guru Matematik. Ciri-ciri sedia ada guru Matematik merangkumi empat konstruk iaitu kepercayaan dan nilai guru, pengetahuan guru, kemahiran guru dan sikap guru. Manakala, amalan guru Matematik pula terdiri daripada lima konstruk iaitu cetakan biru mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran yang dijangka, folio A dan folio B. Dapatan daripada kajian rintis adalah kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen. Lima orang pakar yang terdiri daripada pensyarah universiti dan guru sekolah yang berpengalaman dalam bidang Pendidikan Matematik telah mengesahkan kandungan instrumen yang dibina. Kajian rintis juga mendapati bahawa nilai pekali kebolehpercayaacn ialah 0.964. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik yang telah disahkan kandungannya dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Impak daripada hasil kajian ini adalah keupayaan instrumen memperoleh maklumat mengenai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)