UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Ermie Dharlya Che Daud
Title :Hubungan faktor kebergunaan, kemudahgunaan dan sikap serta kepuasan guru data dan maklumat terhadap emis online (IR)
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini menentukan hubungan antara faktor penerimaan kebergunaan, kemudahgunaan dan sikap dengan kepuasan Guru Data dan Maklumat (GDM) terhadap penggunaan EMIS Online dalam pengurusan data dan maklumat pendidikan di sekolah. Kajian tinjauan secara kuantitatif telah dilaksanakan melibatkan 120 orang GDM sekolah menengah di Pahang. Statistik deskriptif, inferensi korelasi Pearson dan regresi linear digunakan untuk menganalisis data. Dapatan menunjukkan tahap penerimaan GDM terhadap EMIS Online adalah tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan positif antara faktor kebergunaan dan kemudahgunaan terhadap sikap GDM dalam menggunakan EMIS Online. Sikap juga mempengaruhi kepuasan GDM dalam menggunakan sistem ini. Bagaimanapun, perbezaan signifikan min sikap hanya wujud antara GDM berumur antara 31-35 tahun dan 36-40 tahun. Perbezaan signifikan min kepuasan GDM hanya wujud dalam kekerapan penggunaan EMIS Online. Tahap penerimaan kebergunaan, kemudahgunaan, dan sikap memainkan peranan yang penting dalam menentukan kepuasan GDM terhadap EMIS Online.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)