UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini adalah aplikasi pendekatan kalut ke atas pemodelan siri masa bahan pencemar udara ozon (03), zarah terampai (PMIO) dan jerebu yang dicerap mengikut jam di stesen-stesen asas dan metropolitan di Malaysia. Pemodelan kalut melibatkan dua peringkat iaitu (i) analisa dinamik siri masa dan (ii) pembinaan model peramalan. Peringkat (i) melalui kaedah Cao, kaedah m-songsang dan plot ruang fasa menunjukkan kehadiran dinamik kalut dalam setiap siri masa. Peringkat (ii) melibatkan dua langkah iaitu (a) pembinaan semula ruang fasa dan (b) proses peramalan. Untuk (a), dua parameter diperlukan iaitu masa tunda t dan matra pembenaman m . Parameter t: ditentukan melalui penetapan t = 1, kaedah purata maklumat bersama dan kaedah baharu t: - songsang. Parameter m dikira melalui kaedah Cao dan kaedah m-songsang. Langkah (b) dijalankan melalui kaedah penghampiran purata setempat (kpps), kaedah penghampiran linear setempat (kpls) dan kaedah penambahbaikan penghampiran linear setempat (kppls). Peramalan satujam ke hadapan mendapati kaedah t - songsang membantu meningkatkan prestasi peramalan. Prestasi model kppls adalah mengatasi model-model kpps dan kpls. Model kalut 03 boleh meramal sehingga dua hari ke hadapan manakala bagi model kalut PMIO, peramalan semakin merosot bermula dua jam ke hadapan. Peramalan pelbagai langkah memperlihatkan penurunan prestasi model dengan pertambahan bilangan langkah peramalan. Model peramalan kalut pemetaan logistik adalah cemerlang dengan nilai pekali kolerasi satu. Tiada model peramalan siri masa bahan pencemar udara dengan pekali kolerasi satu kerana siri masa ini mengandungi gangguan hingar. Mengecilkan skop siri masa mengikut musim adalah berbaloi memandangkan prestasi model peramalan PMIO ketika jerebu adalah lebih baik berbanding tempoh biasa. Prestasi model kalut adalah lebih cemerlang berbanding model tradisional regresi linear. Pendekatan kalut telah berjaya menganalisa dan meramal siri masa 03, PMIO dan jerebu. Dengan hasil-hasil yang diperoleh, diharapkan kajian ini mampu memudahkan pengurusan pencemaran udara oleh pihak-pihak berkepentingan dan menjadi petunjuk baharu dalam arena pemodelan siri masa bahan pencemar udara di Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |