UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam. Kaedah kuantitatif digunakan dengan melibatkan 365 orang responden di daerah Kota Bharu Kelantan. Model regresi logistik diaplikasikan bagi tujuan mengetahui hubungan antara faktor dalaman iaitu faktor kepercayaan kepada agama, kerohanian dan kepuasan kebajikan, dan faktor luaran iaitu tingkat pendapatan, tahap pendidikan, status pekerjaan dan bilangan tanggungan dengan amalan berwakaf. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa kesemua pemboleh ubah tersebut mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan berwakaf. Faktor pendapatan pula dilihat sebagai penyumbang utama kepada amalan berwakaf. Implikasi kajian ini ialah pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat berwakaf, seterusnya boleh merancang strategi bagi menarik minat masyarakat untuk mendalamiilmu wakaf serta menjadikan wakaf sebagai satu amalan dalam hidup mereka. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |