Faktor yang mempengaruhi amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam
Type
Thesis
Main Author
Nor Aishah Ismail
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam. Kaedah kuantitatif digunakan dengan melibatkan 365 orang responden di daerah Kota Bharu Kelantan. Model regresi logistik diaplikasikan bagi tujuan mengetahui hubungan antara faktor dalaman iaitu faktor kepercayaan kepada agama, kerohanian dan kepuasan kebajikan, dan faktor luaran iaitu tingkat pendapatan, tahap pendidikan, status pekerjaan dan bilangan tanggungan dengan amalan berwakaf. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa kesemua pemboleh ubah tersebut mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan berwakaf. Faktor pendapatan pula dilihat sebagai penyumbang utama kepada amalan berwakaf. Implikasi kajian ini ialah pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat berwakaf, seterusnya boleh merancang strategi bagi menarik minat masyarakat untuk mendalamiilmu wakaf serta menjadikan wakaf sebagai satu amalan dalam hidup mereka.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.