UPSI Digital Repository (UDRep)

Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Quran Al-Karim: kajian leksikografi dan analisis wacana bahasa Arab

AVAILABLE Thesis 2436 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Quran Al-Karim: kajian leksikografi dan analisis wacana bahasa Arab
Type
Thesis
Main Author
Saipolbarin Ramli
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Bahasa dan Linguistik
Year of publication
2015
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini membincangkan tajuk tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim dari sudut leksikografi dan analisis wacana Arab. Tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim merangkumi perkataan tumbuh-tumbuhan, perkataan pokok dan nama tumbuhan-tumbuhan. Korpus kajian ialah semua ayat tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim, Fokus kajian pula adalah dalam bidang leksikografi dan analisis wacana Arab serta dilengkapkan dengan disiplin ilmu yang lain iaitu bidang tafsir, hadith, balaghah, philologi Arab, pertanian, perubatan dan geografi. Perbincangan dari aspek leksikografi bertujuan untuk mendapatkan maksud sebenar perkataan dan nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim, Terdapat beberapa nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim yang diterjemahkan kepada pelbagai maksud yang berbeza. Situasi ini berlaku disebabkan oleh faktor perkembangan agama Islam dan bahasa Arab ke seluruh dunia. Kajian dalam bidang analisis wac ana Arab pula menggunakan teori sastera formalis balaghah bagi tujuan menganalisis kepelbagaian bentuk penggunaan perkataan dan nama tumbuh-tumbuhan dalam gaya bahasa Al-Qur'an Al-Karim, Penggunaan ayat tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim menunjukkan bahawa ayat-ayat ini tidak sekadar berperanan dalam bidang pertanian, perubatan dan geografi sahaja, tetapi berperanan juga dalam bidang bahasa yang menampilkan keindahan gaya bahasa Al-Qur'an Al-Karim, Kajian ini menggunakan metode historis dan metode dokumentari yang mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara kualitatif. Kedua-dua metodologi ini mempraktikkan kaedah kajian perpustakaan dan tinjauan luar. Data yang diperoleh dianalisis dengan merujuk kepada hasil karya para sarjana silam dan moden dalam bidang leksikografi Arab dan analisis wacana. Perisian komputer serta internet juga digunakan bagi memudahkan proses penganalisaan data. Hasil kajian dalam bidang leksikografi Arab telah dapat menjelaskan maksud sebenar istilah dan nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur'an Al-Karim. Manakala dalam bidang analisis wacana pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa ayat tumbuh-tumbuhan digunakan dalam empat jenis gaya bahasa dalam Al-Qur'an Al-Karim, Penggunaan istilah tumbuh-tumbuhan dalam gaya bahasa ini menampilkan keindahan gaya bahasa Al-Qur'an Al-Karim bagi menyampaikan mesej Ilahi kepada manusia

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.