UPSI Digital Repository (UDRep)

Cadangan terhadap pembinaan ujian kemahiran mendengar bahasa melayu tingkatan satu

AVAILABLE Thesis 688 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Cadangan terhadap pembinaan ujian kemahiran mendengar bahasa melayu tingkatan satu
Type
Thesis
Main Author
Khairul Azhar Mohd Zahari
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2005
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini mengemukakan  satu set ujian kemahiran  mendengar tingkatan satu dan mencari indeks  kesukaran serta indeks diskriminasi soalan ujian tersebut. Kemahiran mendengar ini dipilih kerana  kemahiran mendengar sering kali diabaikan berbanding dengan kemahiran lisan, membaca, dan   menulis.  Kajian ini mengunakan kaedah penyelidikan perpustakaan dan penganalisisan data.  Soalan yang dikemukakan mengikut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu meliputi puisi,  kefahaman petikan, penanda  wacana, simpulan bahasa, penjodoh bilangan, analisis ayat,   penggunaan imbuhan, kata ganda, ganti nama diri, kata depan, perkataan berlawan, dan perkataan  seerti. Dapatan kajian ini menunjukkan set soalan (50 item) yang dibina terdiri daripada Aras  Kognitif Bloom iaitu aras pengetahuan (14%), pemahaman (50%), dan aplikasi (36%). Tajuk yang  dipilih berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Melayu Tingkatan satu iaitu menjawab soalan daripada  bunyi yang diperdengarkan (6%), menjawab soalan daripada petikan yang diperdengarkan (22%),  menjawab soalan daripada puisi yang diperdengarkan (12%), dan tatabahasa (60%). Indeks kesukaran  keseluruhan item ialah 0.706 dan ini menunjukkan item soalan tersebut berada dalam paras  'sederhana' kerana 64% pengambil ujian dapat menjawab betul. Bab 1 memperkatakan penyataan masalah,  tujuan kajian, kepentingan kajian, kaedah kajian, batasan kajian, soalan kajian, pengertian konsep  dan kesimpulan. Bab 2 memperlihatkan kajian terdahulu pengkaji tempatan dan pengkaji luar negara  serta kerangka koseptual kajian ini. Bab 3 memaparkan tentang metodologi, iaitu kaedah kajian,  sampel kajian, pengumpulan data, dan penganalisisan data. Bab 4 melaporkan dapatan yang diperoleh,  manakala Bab 5 pula ialah perbincangan kajian di samping memberi saranan untuk kajian seterusnya.  Kesimpulannya, menjadi harapan pengkaji agar kajian ini dapat memperkembangkan bentuk ujian  kemahiran berbahasa sebagai satu altematif kepada guru mahupun Kementerian Pelajaran dalam membuat penilaian terhadap pemahaman pelajar.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.