|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengkaji keberkesanan pendekatan komunikatif dalam
pengajaran dan pembelajaran kata majmuk khususnya dan bahasa Melayu amnya di kalangan
murid-murid Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan terutama Tingkatan Dua A 3.Pengkaji menggunakan ujian sebelum, ujian selepas
sebagai instrumen kajian. Pengumpulan data dilakukan dengan menjalankan ujian sebelum, ujian
selepas dan soal selidik kepada 34 orang murid Tingkatan Dua A 3 dan 101 orang jumlah murid
Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan.
Data-data yang dikumpul melalui ujian sebelurn, ujian selepas dan soal selidik diproses dan
dianalisis dengan menggunakan SPSS Versi 11.0 (Statistical Package for Social Sciences).Analisis
data dinyatakan dalam bentuk frekuensi dan peratus.Pada keseluruhannya, sikap responden terhadap
pelaksanaan pendekatan komunikatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu amnya dan
kata majmuk khususnya adalah pada tahap positif.Kesimpulannya, kajian menunjukkan prestasi
responden dalam mata pelajaran Bahasa Melayu amnya dan kata majmuk khususnya meningkat. Ini
membuktikan keberkesanan pendekatan komunikatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.Berdasarkan dapatan kajian, dinyatakan juga cadangan-cadangan pendekatan komunikatif
dan kajian lanjutan berkenaannya.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |