Keberkesanan Modul Pengajaran Ayat Pasif bahasa melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 3
Type
Thesis
Main Author
Che Saskiah Mohd Khalid
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2005
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan Modul Pengajaran Ayat Pasif dalam pengajaran pemelajaran
ayat pasif bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah di lpoh,
Perak Darul Ridzuan. Kajian ini juga dijalankan untuk menguji keberkesanan kaedah pengajaran
bermodul bagi ayat pasif di peringkat sekolah menengah.
55 orang pelajar tingkatan 3 sebuah sekolah menengah di daerah Kinta telah dipilih menjadi sampel
kajian ini. Pemilihan sampel ialah secara rawak berkelompok iaitu dipilih dari kelas tingkatan 3,
berdasarkan jadual kedatangan kelas.
Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah modul pengajaran ayat pasif, pra ujian dan pasca
ujian. Satu ujian rintis telah digunakan untuk menentukan kelemahan instrumensi dan seterusnya
membolehkan instrumen diperbaiki. Segala data kajian yang diperoleh dalam penyelidikan telah diproses
dan dianalisis dengan menggunakan peratus.
Hasil kajian menunjukkan perbezaan yang ketara dalam pencapaian pra ujian dan
pasca ujian ayat pasif bagi para pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran bermodul. Akhirnya,
beberapa cadangan dikemukakan untuk mempertingkatkan tahap penguasaan
dan pencapaian ayat pasifbahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tingkatan 3.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.