UPSI Digital Repository (UDRep)

Persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah serta pencapaian akademik: pelajar Jurusan Perakaunan program matrikulasi

AVAILABLE Thesis 265 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah serta pencapaian akademik: pelajar Jurusan Perakaunan program matrikulasi
Type
Thesis
Main Author
Ahmad Ishak
Subject
LB2361 Curriculum
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persekitaran pembelajaran (persepsi sebenar dan yang di ingini) pelajar Jurusan Perakaunan di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. Hubungan antara jenis persekitaran pembelajaran dengan pencapaian Purata Nilar Gred Kumulatif (PNGK) turut di kaji. Sampel terdiri dari 192 populasi pelajar jurusan Perakaunan dengan jumlah seramai 187 orang pelajar yang dikaji. Kaedah tinjauan digunakan dengan mentadbirkan soalselidik " What Is Happening In The Classroom" (WIHIC) (Frazer et al. ,1996) yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Soal selidik ini terbahagi kepada 7 elemen iaitu 8 item untuk setiap elemen. Setiap elemen digunakan untuk mengenal pasti setiap elemen persekitaran pembelajaran (keakraban pelajar, sokongan guru, penglibatan, kajian, orentasi tugasan.kerjasama dan kesaksamaan). Analisis data mendapati, ketujuh-tujuh elemen tersebut mempunyai kebolehpercayaan alpha yang tinggi (0.7552 hingga 0.9345) setelah 2 item disingkir dari instrumen yang asal. Ketujuh-tujuh elemen persekitaran pembelajaran yang sebenar dan yang diingini diukur oleh instrumen WIHIC didapati mempunyai perbezaan yang signifikan di antara satu sama lain. Beberapa elemen persekitaran pembelajaran menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi jantina, kaum dan latar belakang persekolahan pelajar jurusan Perakaunan. Dapatan juga menunjukkan tiada hubungan yang signifikan bagi semua elemen persekitaran pembelajaran terhadap pencapaian kecuali elemen sokongan guru dan penglibatan. Elemen tersebut mempunyai hubungan yang negatif dan lemah terhadap pencapaian.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.