UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji bagaimana aktiviti-aktiviti Apresiasi Seni dalam Pendidikan Seni Visual boleh meningkatkan minat pelajar-pelajar menengah rendah iaitu dari tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian ini juga ingin melihat faktor-faktor yang boleh mempengaruhi minat pelajar seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran apresiasi seni dan alat bantu mengajar yang digunakan. Ia juga melibatkan kajian terhadap peranan guru dan hubung kait di antara faktor persekitaran seperti latar belakang ibu bapa, kawan-kawan, persekitaran sekolah, bilik seni dan juga media-media seperti komputer dan sebagainya. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan melakukan tinjauan ke sekolah-sekolah, iaitu SMK. Wira Jaya, Ipoh, dan SMK. Raja Chulan, Ipoh. Penyelidikan melibatkan pemerhatian,temubual dan juga rakaman visual. Pemerhatian dilakukan terhadap proses Pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru di bilik darjah. Iaitu melibatkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni yang dijalankan, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru, alat bantu pengajaran yang digunakan dan penyediaan mengajar olehguru. Pemerhatian juga dilakukan untuk melihat persekitaran sekolah dan bilik seni atau bilik darjah yang digunakan. Manakala temubual pula dilakukan terhadap dua orang guru dan empat orang pelajar. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan antara cara yang digunakan oleh guru dan usaha untuk menarik minat pelajar-peJajar ini. Iaitu melalui penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan, kaedah penyampaian guru, aktiviti-aktiviti yang dijalankan, latar belakang pelajar serta persekitaran sekolah. Implikasi dapatan kajian mencadangkan agar pihak sekolah dan guru-guru Pendidikan Seni Visual menggunakan kaedah yang lebih menarik minat pelajar seperti penggunaan multimedia, dan guru lebih peka dengan latar belakang dan keadaan pelajar agar dapat meningkatkan minat pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |