UPSI Digital Repository (UDRep)

Apresiasi Seni dalam Pendidikan Seni Visual sebagai usaha peningkatkan minat pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual di peringkat menengah rendah

AVAILABLE Thesis 600 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Apresiasi Seni dalam Pendidikan Seni Visual sebagai usaha peningkatkan minat pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual di peringkat menengah rendah
Type
Thesis
Main Author
Roslaini Mohd Saad
Subject
N Visual arts (General) For photography, see TR
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2006
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji bagaimana aktiviti-aktiviti Apresiasi Seni dalam Pendidikan Seni Visual boleh meningkatkan minat pelajar-pelajar menengah rendah iaitu dari tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian ini juga ingin melihat faktor-faktor yang boleh mempengaruhi minat pelajar seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran apresiasi seni dan alat bantu mengajar yang digunakan. Ia juga melibatkan kajian terhadap peranan guru dan hubung kait di antara faktor persekitaran seperti latar belakang ibu bapa, kawan-kawan, persekitaran sekolah, bilik seni dan juga media-media seperti komputer dan sebagainya. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan melakukan tinjauan ke sekolah-sekolah, iaitu SMK. Wira Jaya, Ipoh, dan SMK. Raja Chulan, Ipoh. Penyelidikan melibatkan pemerhatian,temubual dan juga rakaman visual. Pemerhatian dilakukan terhadap proses Pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru di bilik darjah. Iaitu melibatkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni yang dijalankan, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru, alat bantu pengajaran yang digunakan dan penyediaan mengajar olehguru. Pemerhatian juga dilakukan untuk melihat persekitaran sekolah dan bilik seni atau bilik darjah yang digunakan. Manakala temubual pula dilakukan terhadap dua orang guru dan empat orang pelajar. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan antara cara yang digunakan oleh guru dan usaha untuk menarik minat pelajar-peJajar ini. Iaitu melalui penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan, kaedah penyampaian guru, aktiviti-aktiviti yang dijalankan, latar belakang pelajar serta persekitaran sekolah. Implikasi dapatan kajian mencadangkan agar pihak sekolah dan guru-guru Pendidikan Seni Visual menggunakan kaedah yang lebih menarik minat pelajar seperti penggunaan multimedia, dan guru lebih peka dengan latar belakang dan keadaan pelajar agar dapat meningkatkan minat pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.