UPSI Digital Repository (UDRep)

Penerapan teori stilistik dan teksdealisme bagi menganalisis puisi Tri-V Abdul Ghafar Ibrahim

AVAILABLE Thesis 3731 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penerapan teori stilistik dan teksdealisme bagi menganalisis puisi Tri-V Abdul Ghafar Ibrahim
Type
Thesis
Main Author
Mohd Saipuddin Suliman
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis puisi-puisi Tri-V (verbal,vokal,visual) ciptaan Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) menerusi penerapan teori sastera moden iaitu stilistik dan teksdealisme. Objektif kajian terarah kepada mengidentifikasi bentuk-bentuk deviasi, pemikiran serta individualisme yang terdapat dalam karya puisi beliau. Metodologi kajian melibatkan penyelidikan kualitatif berdasarkan analisis kandungan berhubung unsur penyimpangan bahasa menerusi pendekatan Donald C. Freeman iaitu fonologi, leksikologi, sintaksis, semantik, morfologi dan grafologi. Analisis juga melibatkan teknik bacaan rapi terhadap empat buah kumpulan puisi AGI iaitu Tan Sri Bulan (1976), Tak Tun (1978), Yang Yang (1986) dan Takkan Hilang (2008) bagi mengenalpasti prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan serta individualisme penyair. Kajian mendapati variasi gaya bahasa serta penyimpangan yang dicipta oleh AGI dalam puisi-puisi Tri-V nukilan beliau banyak menyimpang daripada hukum tatabahasa dan aturan bentuk konvensional. Namun begitu, karyakarya beliau sarat dengan pemikiran dan falsafah yang mengangkat idiosinkrasi serta individualisme kepenyairan beliau. Secara kesimpulannya, kajian ini membuktikan dunia sastera Melayu begitu kaya dengan hasil karya yang unik, bervariasi serta tinggi nilai pemikiran. Implikasi kajian menunjukkan bahawa sesebuah ciptaan atau hasil karya yang melanggar aturan konvensional serta menyimpang daripada aspek kebahasaan boleh membinasakan mutu karya wajar diperbetulkan dalam usaha memartabatkan dunia sastera tanah air ke persada antarabangsa.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.