UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian tentang proses sosialisasi guru ini dilakukan di kalangan guru-guru sekolah menengah dalam Daerah Gombak, Selangor. Seramai 50 orang guru yang berkhidmat kurang dari tiga tahun dalam 10 buah sekolah kajian dipilih secara rawak untuk kajian ini. Tujuan kajian ialah untuk mengkaji tahap sosialisasi guru, perbezaan tahap sosialisasi berdasarkan faktor demografi, hubungan antara elemen-elemen dalam budaya organisasi dengan tahap sosialisasi, tahap kepuasan guru dan hubungan antara tahap sosialisasi dengan tahap kepuasan dan iltizam guru terhadap organisasi dan profesion perguruan. Matlamat kajian dijalankan adalah supaya dapat digunakan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah untuk menyediakan program bagi mengatasi masalah guru yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan budaya organisasi baru tempat guru bertugas. Kajian ini menggunakan soalselidik oleh Anas Suray (1998) yang diubahsuai berdasarkan soal selidik oleh Hofstede dan Bond (1988) dan Lim (1994) untuk mengkaji faktor budaya organisasi, soal selidik oleh Yusof Ahmad (1996) yang diubahsuai berdasarkan soal selidik oleh Brayfield dan Rothe (1951) untuk mengkaji tahap kepuasan guru dan oleh Md. Rahim Ab. Majid (1995) yang disesuaikan daripada soal selidik oleh John P. Meyer,Natalie J. Allen dan Catherine A. Smith (1993) untuk mengkaji tahap iltizam guru. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 13. Keputusan analisis kekerapan (min dan sisihan piawai) menunjukkan tahap sosialisasi guru adalah pada tahap sederhana. Ujian ANOVA Sehala menunjukkan terdapat perbezaan tahap sosialisasi guru berdasarkan faktor umur r= dan tempoh perkhidmatan. Hasil analisis korelasi pearson mendapati nilai .539** dan signifikan pada aras keertian .01 (2 hujung), menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat antara tahap sosialisasi guru dengan tahap kepuasan dan iltizam guru terhadap organisasi dan profesion perguruan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |