PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2004
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini merupakan kajian kes yang menganalisis proses pemikiran kanak-kanak dalam ayat tanya. Tumpuan analisis kepada ayat tanya kanak-kanak berusia 412 tahun berasal dari Kuala Terengganu. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi proses pemikiran kanak-kanak dalam mengemukakan pertanyaan. Untuk tujuan ini satu tinjauan dan pemerhatian telah dijalankan dan alat rakaman serta buku catatan dijadikan instrumen kajian. Segala data-data dianalisis kembali mengikut tafsiran penulis berdasarkan teori-teori yang berkaitan. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati bahawa faktor peniruan seperti yang didakwa oleh teori behaviourisme, faktor LAD (Language Acquisition Device) yang dinyatakan oleh teori mentalis serta faktor dalam diri kanak-kanak tersebut merupakan faktor penting dalam mempengaruhi proses pemikiran kanak-kanak dalam ayat tanya. Hasil kajian juga mendapati kanak-kanak seusia 4Y2 tahun sangat kreatif dalam berbahasa dan mengemukakan pertanyaan. Kekreatifan ini banyak bergantung kepada proses pemikiran.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.