UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB2361 Curriculum
Main Author :Saroya Che Ab RAhman
Title :Persepsi pelajar dan guru terhadap pelaksanaan program peningkatan disiplin di sekolah menengah daerah Kota Bharu
Hits :76
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2007
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan meninjau persepsi pelajar dan guru terhadap pelaksanaan program peningkatan disiplin (PPD) yang dijalankan di sekolah dalam usaha menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 223 orang pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat serta 44 orang guru yangmewakili empat buah sekolah di daerah Kota Bharu, Kelantan. Kajian dijalankan tinjauan menggunakan secara kaedah kuantitatif serta instrumen soal selidik sebagai alat kajian. Analisis deskriptif (peratus dan skor min) dan inferensi (t-test dan Anova satu hala) digunakan bagi menjawab persoalan dan hipotesisi kajian yang mana ia menunjukkan tidak terdapat sebarang perbezaaan yang signifikan secara saintifik pelaksanaan program peningkatan disiplin berdasarkan latar belakang pelajar. Keputusan kajian secara keseluruhan adalah sederhana tinggi dan sedikit sebanyak dapat membantu menangani permasalahan disiplin pelajar sekolah. Selain dari itu, guru-guru dan pelajar mempunyai persepsi dan sikap yang positif serta mahu program ini diteruskan. Ia juga menunjukkan bahawa tingkah laku kurang sopan/biadap adalah paling dominan diikuti dengan salah laku ponteng di kalangan pelajar sekolah. Di samping itu beberapa masalah yang mempengaruhi keberkesanan program seperti pengurusan masa, kelengkapan tempat dan persefahaman antara pihak yang terbabit. Cadangan dari kajian ini ialah agar program yang dijalankan dipantau dari masa ke semasa bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan proses pelaksanaan. Adalah juga disarankan supaya guru-guru melibatkan diri dari awal pelaksanaan program peningkatan disiplin ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.