UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti kesedaran guru matematik terhadap penerapan nilai matematik dalam pengajaran. Fokus diberikan juga untuk memahami pengajaran guru matematik yang membawa kepada penerapan nilai matematik. Enam penerapan nilai matematik yang diberi tumpuan ialah rasionalisme, objektisme, kawalan, kemajuan, keterbukaan dan misteri. Tiga orang guru matematik di Sekolah Menengah Daerah Kuala Muda/Yan, Kedah telah dipilih secara bertujuan manakala proses pengumpulan data ini melibatkan pemerhatian di dalam kelas, temu bual tiga peringkat iaitu temu bual pra-pengajaran, temu bual pasca-pengajaran dan temu bual lepas kajian dan akhirnya analisis dokumen. Rakaman audio telah digunakan semasa proses temu bual tiga peringkat ini. Manakala, catatan lapangan dan senarai semak digunakan bagi memudahkan proses pemerhatian di dalam kelas. Data dianalisis melalui lima fasa utama iaitu rakaman audio daripada temu bual ditranskripsikan ke dalam bentuk bertulis, transkripsi lengkap keseluruhan data, pembahagian dan pengkodan data yang telah ditranskripsikan, penganalisisan data dilakukan berdasarkan kepada persoalan kajian dan akhirnya kesimpulan dibuat secara merentas peserta. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan guru tidak menyedari tentang penerapan nilai matematik sebelum pengajaran di dalam kelas. Hal ini kerana peserta (guru matematik) tidak memahami secara mendalam tentang nilai matematik; kedua, peserta tidak menumpukan penerapan nilai matematik ini sebagai salah satu objektif dalam pengajaran di dalam kelas; ketiga, peserta mempunyai kekangan masa untuk membuat persediaan pengajaran yang lebih banyak; dan keempat, peserta hanya berdasarkan pengalaman pengajaran yang lalu tanpa cuba menggunakan pendekatan yang lain. Akhir sekali, dapatan kajian tentang pelaksanaan nilai yang berlaku dalam kelas adalah salah satunya melalui aktiviti seperti perbincangan di dalam kelas di antara guru dengan pelajarnya. Seterusnya bagi meningkatkan dapatan kajian ini, penambahan peserta kajian yang melibatkan ibu bapa, pensyarah universiti adalah disyorkan untuk kajian lanjutan tentang nilai matematik pada masa hadapan.
Kata kunci: Nilai Matematik, Pengajaran Matematik |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |