UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :ML Literature of music
Main Author :Shuzaidi Samsuddin
Title : Modul Pengajaran Elemen Irama Tradisional Melayu Melalui Rebana
Hits :18
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2011
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Laporan projek pembangunan “Modul Pengajaran Elemen Irama Tradisional Melayu Melalui Rebana” ini disediakan untuk memenuhi keperluan kursus SPM 6006 dalam Program Sarjana Pendidikan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk membantu dan menyediakan pilihan bahan pengajaran kepada sekolah-sekolah yang sedang melaksanakan Kurikulum Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Produk ini disediakan khusus untuk guru-guru muzik yang ingin mempelbagaikan bahan pengajaran elemen irama tradisional  dan tidak hanya bergantung kepada alat-alat moden yang dibekalkan sahaja. Dalam pada itu penghasilan produk ini akan dapat menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Produk ini dibangunkan dengan berpandukan struktur buku Gaya Dewan. Untuk tujuan penilaian produk yang dihasilkan, temu bual telah dijalankan dengan empat orang guru muzik yang masing-masing mempunyai pengalaman mengajar melebihi sepuluh tahun. Dapatan daripada temu bual menunjukkan bahawa semua responden bersependapat dan bersetuju dengan semua aspek dalam  produk yang telah dibangunkan. Namun begitu masih juga terdapat sedikit kelemahan dalam penghasilannya. Akan tetapi cadangan untuk penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan tersebut turut dibincangkan dalam bahagian akhir penulisan ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.