UPSI Digital Repository (UDRep)

Penilaian Pakej Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu KSSRPK masalah pembelajaran dari perspektif guru pendidikan khas

AVAILABLE Thesis 283 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penilaian Pakej Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu KSSRPK masalah pembelajaran dari perspektif guru pendidikan khas
Type
Thesis
Main Author
Zulkifli Mohamad
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan penilaian guru pendidikan khas terhadap Pakej Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pembelajaran dalam membantu penguasaan kemahiran literasi murid. Penilaian tersebut dibuat berdasarkan dua konstruk iaitu aspek kesesuaian dan kebolehlaksanaan terhadap pakej buku teks tersebut. Penilaian dibuat berdasarkan model yang disarankan oleh Ornstein dan Hunkins. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan. Responden kajian ini terdiri daripada 93 orang guru yang sedang dan pernah mengajar Bahasa Malaysia menggunakan Pakej Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu KSSRPK Masalah Pembelajaran di Negeri Pulau Pinang. Instrumen kajian ialah soal selidik dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian mendapati aspek kesesuaian pakej buku teks mempunyai nilai skor min 4.32 ±0.46 dan aspek kebolehlaksanaan mempunyai nilai skor min 4.45 ±0.63 . Nilai skor min yang tinggi dalam dapatan kajian terhadap kedua-dua konstruk menunjukkan bahawa penilaian guru adalah positif terhadap pakej buku teks. Faktor demografi umur, taraf pendidikan dan kekerapan penggunaan pakej buku teks merupakan faktor signifikan terhadap kajian ini. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan sederhana antara aspek kesesuaian dan aspek kebolehlaksanaan dengan nilai korelasi 0.64. Kesimpulannya, pakej buku teks dikaji sesuai digunakan untuk membantu penguasaan literasi murid-murid bermasalah pembelajaran. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penilaian aspek kesesuaian dan kebolehlaksanaan pakej buku teks Bahasa Malaysia Tahun Satu KSSRPK Masalah Pembelajaran dapat merangsang murid yang mempunyai kognitif yang setara dengan tahap kognitif murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran tahun satu.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.