UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :MT Musical instruction and study
Main Author :Kee, Suenddy Pei Chin
Title :Penggunaan lagu popular dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah kebangsaan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Hits :47
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2012
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Sejauh manakah guru muzik di sekolah kebangsaan menggunakan lagu popular dalam  pengajaran  dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekitar sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Dengan menggunakan kaedah interpretif dalam penyelidikan untuk mengenal pasti apakah lagu popular yang digunakan, cara guru muzik mengaplikasikan lagu popular dan sebab guru muzik menggunakan lagu popular dalam pengajaran dan pembelajaran? Kaedah pemerhatian dilakukan ke atas seorang  guru muzik bersamaan dengan empat belas orang murid. Tempoh pemerhatian dilakukan adalah selama satu jam. Kaedah pemerhatian diikuti dengan kaedah temu bual, jumlah bilangan soalan yang dikemukan untuk temu bual adalah sebanyak sepuluh soalan.  Enam orang murid tahun enam dan seorang guru muzik telah ditemu bual. Mereka diminta menjawab soalan berbentuk semistruktur. Semua respoden kajian yang ditemu bual dipilih dari sekolah kebangsaan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Terdapat beberapa cara guru mengaplikasi lagu popular dalam kelas; iaitu dengan menganjurkan beberapa aktiviti dalam kelas seperti koir, nyanyian solo, dan nyanyian secara berkumpulan serta tarian. Antara sebab guru muzik menggunakan lagu popular dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana lagu popular sering diperdengarkan dalam kehidupan harian murid. Lagu popular sering disiarkan melalui radio dan televisyen serta dimainkan dengan pemain cakera padat. Oleh itu, lagu popular telah menjadi sebahagian aktiviti hiburan bagi murid. Hasil dapatan daripada kajian ini murid-murid menyatakan lagu popular mempunyai alunan yang menarik dan tidak membosankan serta menaikkan semangat murid di dalam kelas. Dapatan kajian juga mendapati guru akan memilih lagu-lagu yang mempunyai lirik yang positif untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.