UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :G Manivannan Govindan
Title :Sumbangan Tamil Muslim kepada perkembangan kesusasteraan Tamil Malaysia: kajian terhadap puisi-puisi Tamil tradisional terpilih Mydee Sulthan dan S. Seeni Naina Mohamed
Hits :8
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2020
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk meneliti bentuk sumbangan Tamil Muslim dalam perkembangan kesusasteraan Tamil Malaysia; menganalisis unsur-unsur Islam dan budaya Tamil dalam puisi­puisi Tamil tradisional yang dihasilkan oleh Mydee Sulthan dan S. Seeni Naina Mohamed. Kaedah kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan analisis dokumen serta teori sejarah yang dipelopori oleh Hyppolite Taine telah digunakan dalam kajian ini. Puisi-puisi terpilih daripada koleksi Te. Ku.u yang dihasilkan oleh S. Seeni Naina Mohamed dan Ara.kak Kavitaika. yang dihasilkan oleh Mydee Sulthan telah digunakan sebagai sumber utama kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, Tamil Muslim telah memberi sumbangan dalam bidang percetakan akhbar dan majalah serta penulisan puisi, cerpen dan novel untuk perkembangan kesusasteraan Tamil Malaysia. Unsur-unsur Islam seperti sejarah Islam, kepimpinan Nabi Muhammad SAW dan rukun-rukun Islam telah dipaparkan dalam puisi-puisi Tamil tradisional karya Mydee Sulthan. Unsur-unsur budaya Tamil seperti bahasa, kesusasteraan dan kesenian Tamil dapat dilihat dalam puisi-puisi Tamil tradisional karya S. Seeni Naina Mohamed.  Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa Tamil Muslim telah memberi sumbangan dalam bidang percetakan dan penulisan karya kesusasteraan Tamil serta menggunakan unsur-unsur agama Islam dan budaya Tamil sebagai identiti bangsa Tamil Muslim dalam menghasilkan puisi-puisi Tamil tradisional Malaysia. Implikasinya, kajian ini akan membuka minda generasi muda dalam kalangan Tamil Muslim untuk meneruskan sumbangan ini demi memastikan kesusasteraan Tamil Malaysia terus berkembang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.