UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Baharudin Saleh
Title :Profil amalan guru dalam pelaksanaan kurikulum kimpalan berasaskan kompetensi di Sekolah Menengah Vokasional
Hits :14
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2012
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil amalan guru dari aspek pengetahuan, pentaksiran dan pedagogi dalam pelaksanaan kurikulum Kimpalan berasaskan kompetensi di Sekolah Menengah Vokasional. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 156 orang guru mata pelajaran Kimpalan dari 23 buah Sekolah Menengah Vokasional di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan kuantitatif di mana data dikumpulkan menggunakan soal selidik. Darjah kebolehpercayaan Alpha Cronbach setiap komponen yang digunakan adalah antara 0.813 hingga 0.957. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik kekerapan, peratusan, min dan sisihan  piawaian digunakan untuk melaporkan data deskriptif. Ujian ANOVA sehala digunakan untuk menentukan perbezaan elemen profil amalan guru antara pemboleh ubah-pemboleh ubah  kajian. Tahap signifikan 0.05 ditetapkan untuk melaporkan data. Manakala analisis korelasi Pearson pula digunakan untuk melihat arah dan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan isi kandungan guru terhadap mata pelajaran Kimpalan adalah tinggi dengan skor min keseluruhan 3.14. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru Kimpalan berada pada tahap amalan pentaksiran yang sederhana dengan skor min keseluruhan 2.88. Dapatan juga menunjukkan tahap amalan pedagogi guru adalah sederhana dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan skor min keseluruhan 2.65. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan pengalaman guru dengan penguasaan mereka dari segi pengetahuan isi kandungan, amalan pentaksiran dan amalan pedagogi. Terdapat hubungan yang positif dari segi pengetahuan isi kandungan dengan amalan pedagogi (r=0.466) dan amalan pentaksiran (r=0.523) guru dalam pelaksanaan kurikulum Kimpalan berasaskan kompetensi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.