UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :L Education (General)
Main Author :Rida Safuan Selian
Title :Nilai pendidikan berasaskan makna simbol seni kraf masyarakat gayo pasca konflik dan tsunami dalam konteks sosialisasi
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang jelas secara teoritikal dalam disiplin seni kraf tentang bentuk seni kraf Gayo, motif-motifnya serta fungsi dalam konteks masyarakat Gayo. Seni kraf tradisional Gayo merupakan salah satu hasil kraf tangan dalam masyarakat yang terkandung didalamnya falsafah, moral dan nilai-nilai pendidikan dalam kehiduapan masyarakatnya yangdiwarisi sejak turun temurun. Pengumpulan data dilakukan dengan cara temu bual dengan tukang kraf, pentadbir pada jawatan Dewan Kraf Nasional Daerah dan masyarakat yang dianggap mengetahui tentang perwujudan makna simbol dalam Seni Kraf, serta dengan teknik pemerhatian dan perakaman visual seni kraf dan analisis dokumen dengan menghimpun penulisan artikel yang berkait erat dengan Seni Kraf. Analisis data dilakukan dengan model interaktif oleh Miles dan Huberman dan pengumpulan data dengan mengatur hasil temu bual, catatan lapangan dan benda lainnya yang berguna bagi peningkatan pemahaman pengkaji mengenai subjek kajian, dan menyampaikan dapatan pengkaji melalui rajah/jadual. Dapatan kajian ini menunjukkan bahwa, Seni Kraf yang terdiri dari kraf tembikar,kraf kerrawang dan kraf anyaman adalah jenis kraf yang masih mempunyai falsafah, moral dan pendidikan bagi masyarakat Gayo iaitu berupa tandaatau simbol yang bermakna bagi penghayatan dan pefahaman budaya masyarakat Gayo. Konflik bersenjata dan Tsunami ternyata tidak banyak mempengaruhi seni kraf sama ada dari segi bentuk, motif dan simbol-simbol yang terdapat di dalamnya. Seni kraf kayu gerupel dianggap seni kraf baru yang dimulai di era tahun 80an. Kajian ini membawa implikasi seni kraf dengan sistem pewarisan telah membentuk fungsi kekeluargaan dengan nilai-nilai sabar, tekun, kreatif, mandiri, tanggungjawab, kerjasama dan keagamaan yang baik untuk generasi akan datang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.