UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Abdul Malik
Title :Kehalusan budi dalam karya Raja Ali Haji (IR)
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan menganalisis kehalusan budi berkaitan dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan kepimpinan. Kehalusan budi juga dimaksudkan ketika berhubung dengan makhluk selain manusia dan dengan Allah S.W.T. Analisis berdasarkan lima buah puisi tradisional Raja Ali Haji iaitu Syair Abdul Muluk, Gurindam Dua Belas, Thamarat al-Muhimmah, Tuhfat al-Nafis, dan Syair Sinar Gemala Mestika Alam. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori semiotik janaan Charles Sanders Peirce dan juga teori pragmatik untuk mendapatkan makna teks berdasarkan kualiti fikiran, perasaan, idea, sifat, sikap, dan perilaku yang menjadi indeks kehalusan budi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa karya Raja Ali Haji mengandungi kualiti kehalusan budi yang bersesuaian dengan ajaran agama Islam. Berdasarkan teori semiotik, kehalusan budi dalam karya Raja Ali Haji terdiri daripada empat. Pertama, qualisign ikonik rhematik iaitu kualiti sedia ada pada individu yang memiliki kehalusan budi. Kedua, sinsign indeksikal rhematik berkaitan dengan tingkah laku seseorang yang dapat didengar atau diamati. Ketiga, legisign indeksikal dicent iaitu lambang yang bermakna informasi merujuk kepada peraturan tertentu berdasarkan agama Islam dan nilai-nilai Melayu. Keempat, argument iaitu kesimpulan yang dibuat oleh Raja Ali Haji yang dihubungkan dengan alasan tertentu. Kesimpulannya, karya Raja Ali Haji didapati kaya dengan nilai-nilai kehalusan budi, Implikasinya, karya Raja Ali Haji boleh dimanfaatkan sebagai pedoman hidup dan sesuai dijadikan rujukan untuk pendidikan budi pekerti, sama ada di dalam rumah tangga, institusi pendidikan, dan juga dalam masyarakat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)