UPSI Digital Repository (UDRep)

Kemampuan pelajar sekolah rendah menulis rumusan Bahasa Melayu

AVAILABLE Thesis 247 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kemampuan pelajar sekolah rendah menulis rumusan Bahasa Melayu
Type
Thesis
Main Author
Zamhariz Din
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2009
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Penulisan bahasa Melayu merupakan salah satu daripada komponen penting dalam Ujian Penilaian  Sekolah Rendah. Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mengubah format kertas Bahasa Melayu bennula  tahun 2005 merupakan satu langkah yang amat bijak dan tepat untuk meningkatkan kemampuan pelajar  dalam merumus karangan. Oleh itu, kepentingan  menilai  kemahiran  merumus termasuk  mengecam   isi-isi penting dan mengolah semula teks dapat membantu murid menguasai pembelajaran bahasa Melayu  dengan lebih berkesan di peringkat sekolah menengah. Seramai 90 orang murid dari tahun enam berbeza  potensi, kelas dan sekolah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Sebahagian mereka belum  dapat memahami dan menguasai kemahiran membuat rumusan. Kajian ini cuba meninjau aspek-aspek   kemampuan  dan halangan yang membataskan murid untuk mengolah rumusan dengan tepat. Kajian ini juga  ingin melihat hubungan pencapaian bahasa Melayu dengan latar belakang murid dalam menghasilkan  rumusan yang lengkap. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan data yang tepat  berdasarkan kepada kaedah soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian  ' The Statistical Package For Social Science ' (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa 80 peratus  aspek latar belakang dan sikap murid mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemampuan pelajar  sekolah rendah membuat rumusan.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.