| 
              UPSI Digital Repository (UDRep)               |   | 
| 
 | 
 | ||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun | 
| Kajian ini mengenalpasti wujudnya kesinambungan seniman atau tokoh nstitusi pendidikan seni yang 
merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan dalam peranan dan sumbangannya terhadap masyarakat 
dan dunia pendidikan secara tidak langsung. Kajian ini dijalankan di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar, Perak, 
yang mana pengusaha-pengusaha di sekitarnya mendapat bantuan daripada Datuk Seri Rafidah Aziz selaku ahli 
parlimen kawasan. Maklumat yang dikumpulkan melalui temubual dan pemerhatian ke atas seorang tokoh 
iaitu Hajjah Azizah Bt. Yusuf dan dua orang bekas pelajarnya, Pn. Azizah bt. Haji Adam dan Pn. 
Salmiah Bt. Joya serta pekerja-pekerja beliau. Kajian ini mengenalpasti  beberapa perkara penting 
iaitu peranan tokoh sebagai institusi pendidikan  seni serta mengenalpasti  sumbangan  beliau  
terhadap  masyarakat setempat. Selain daripada itu pengkaji juga cuba mengkaji sumbangan karya 
beliau dalam pendidikan seni. Akhir sekali kajian ini juga memberi konklusi bagi menunjukkan bahawa 
Hajjah Azizah sebagai institusi pendidikan seni, tidak boleh disangkal, khususnya dalam kraf tekat. 
Pandangan dan saranan yang dikemukakan ialah  untuk  menjana  dan  merangsang  pendokong  dan 
pendidik  seni  untuk memartabatkan seniman dan tokoh sebagai satu bidang aspresiasi seni dalam 
mata pelajaran Pendidikan Seni. | 
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |