UPSI Digital Repository (UDRep)

Nilai-nilai murni dalam peribahasa dan pengajarannya di sekolah menengah

AVAILABLE Thesis 412 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Nilai-nilai murni dalam peribahasa dan pengajarannya di sekolah menengah
Type
Thesis
Main Author
Thalatha Zaitun Mohd Lazim
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2005
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mencari nilai-nilai murni yang terdapat peribahasa yang  dipilih. Buku Kamus PTS Kamus Peribahasa Kontemporari(2004) adalah sumber rujukan utama.  Bagi mendapatkan data, pengkaji menggunakan kaedah kajian  perpustakaan yang bersifat kualitatif. Kajian ini cuba mengklasifikasikan nilai-nilai murni dalam  bidalan berdasarkan set nilai-nilai murni yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,  1998 (17 komponen). Selain mengklasifikasikan kandungan bidalan,. pengkaji juga membuat pemerhatian  terhadap pengajaran guru iaitu dari segi kaedah, bahan dan bagaimana guru menerapkan nilai dalam  peribahasa. Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif bagi menjelaskan sesuatu fenomena.  Dapatan menunjukkan nilai murni 'Rasional' paling banyak ditemui dalam bidalan yang dikaji. Hal ini  membuktikan peribahasa Melayu memandu kita supaya membuat pertimbangan yang waras semasa menjalani  kehidupan. Pengkaji turut menemui 31 nilai murni lain dengan mengambil contoh bidalan dan pepatah.  Dari segi menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran peribahasa masih tidak menampakkan  keberkesanannya. Guru masih mengamalkan kaedah lama yang bergantung pada buku teks dan buku kerja.  Walau bagaimanapun dapatan ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pengajaran sedemikian sebaliknya  mungkin terhad di sekolah berkenaan sahaja. Sesungguhnya kajian ini amat bermakna kepada generasi  muda agar menilai dan menghargai peribahasa yang bukan sahaja kaya hasil seni malahan bernilai  kerohanian.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.