| 
               
              UPSI Digital Repository (UDRep)               
              
             | 
            
               | 
          
                        
  | 
                    
                        
  | 
                    ||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun | 
| Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mencari nilai-nilai murni yang terdapat peribahasa yang 
dipilih. Buku Kamus PTS Kamus Peribahasa Kontemporari(2004) adalah sumber rujukan utama. 
Bagi mendapatkan data, pengkaji menggunakan kaedah kajian 
perpustakaan yang bersifat kualitatif. Kajian ini cuba mengklasifikasikan nilai-nilai murni dalam 
bidalan berdasarkan set nilai-nilai murni yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 
1998 (17 komponen). Selain mengklasifikasikan kandungan bidalan,. pengkaji juga membuat pemerhatian 
terhadap pengajaran guru iaitu dari segi kaedah, bahan dan bagaimana guru menerapkan nilai dalam 
peribahasa. Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif bagi menjelaskan sesuatu fenomena. 
Dapatan menunjukkan nilai murni 'Rasional' paling banyak ditemui dalam bidalan yang dikaji. Hal ini 
membuktikan peribahasa Melayu memandu kita supaya membuat pertimbangan yang waras semasa menjalani 
kehidupan. Pengkaji turut menemui 31 nilai murni lain dengan mengambil contoh bidalan dan pepatah. 
Dari segi menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran peribahasa masih tidak menampakkan 
keberkesanannya. Guru masih mengamalkan kaedah lama yang bergantung pada buku teks dan buku kerja. 
Walau bagaimanapun dapatan ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pengajaran sedemikian sebaliknya 
mungkin terhad di sekolah berkenaan sahaja. Sesungguhnya kajian ini amat bermakna kepada generasi 
muda agar menilai dan menghargai peribahasa yang bukan sahaja kaya hasil seni malahan bernilai 
kerohanian.
  | 
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.  |