UPSI Digital Repository (UDRep)

Tahap kesediaan guru dalam penggunaan teknologi maklumat bagi pengajaran dan pembelajaran sains

AVAILABLE Thesis 268 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Tahap kesediaan guru dalam penggunaan teknologi maklumat bagi pengajaran dan pembelajaran sains
Type
Thesis
Main Author
Ismayazan Ismail
Subject
T Technology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan, sikap, kemahiran dan  pencapaian penggunaan ke atas penggunaan teknologi maklumat (IT) berasaskan komputer bagi  pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains di dalam bilik darjah. Satu set soal selidik yang terdiri  daripada tiga bahagian digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 44 orang  guru yang mengajar sains di beberapa buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terdapat di Daerah  Batang Padang, Perak. Data yang diperolehi telah dijalankan penganalisisan dengan bantuan perisian  komputer melalui program SPSS Version 11.5. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif  yang melibatkan pengukuran frekuensi, skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi  melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikan p < 0.05. Hasil dari analisis, didapati tahap kesediaan  guru sains dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran adalah sederhana. Dapatan juga menunjukkan  bahawa tahap kesediaan guru sains adalah rendah dari aspek pencapaian penggunaan IT. Dari segi  perbezaan min pula, basil menunjukkan bahawa faktor jantina dan kumpulan perkhidmatan tidak  mempengaruhi tahap kesediaan guru dari semua aspek yang dikaji. Adalah diharapkan semua guru sains  mengambil inisiatif untuk menyediakan diri dalam penggunaan IT berasaskan komputer ini di dalam P&P  mereka.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.